Wednesday, 10 June 2015

Tanam Rumput ( Mutiara ) 300 kaki persegi - RM 160.00

1. Buang rumput/ lalang lama dengan cara mencangkul/ mengembur tanah kawasan yang akan dibuat penanaman rumput ( mutiara ).
     - kerja memenatkan tapi menyihatkan badan.

macamkacang

2. Ratakan permukaan tanah yang telah dicangkul/ digembur dengan tanah sedia ada ( jimat ).
     - Ratakan permukaan tanah tadi dengan PASIR KASAR.
       - Kos untuk 1 lori pasir kasar - RM 130.00 + GST

     - Keburukan :
       - Kos agak MAHAL
       - Lebihan pasir kasar perlu dibuang jika kawasan tanaman rumput kecil (Cacatkan pemandangan)

3. Beli rumput ( mutiara ) berdasarkan ukuran kawasan.
- Cadangan : Belilah rumput di tapak semaian sekitar kawasan Sg. Buloh.
- Cari tapak semaian yang memang menanam rumput ( mutiara ). Harga memang murah. Harga dalam RM 1.50 sekeping (  1 kaki x 2 kaki ). Berbanding tapak semaian yang menanam bunga. Harga dalam RM 2.50 sekeping untuk keluasan sama ( Orang tengah ). HARGA INI ADALAH SEBELUM 01 APRIL 2015.

- Cara kiraan kaki persegi.
       - Ambil ukuran panjang dan lebar kawasan
         - Cth : 10 kaki ( panjang ) & 10 kaki ( lebar )
           - 10 ' x 10 ' = 100 kaki persegi.

     - JIMAT- Jangan beli rumput berdasarkan keluasan kaki persegi.
       - Cth : Jika ukuran kawasan 10 kaki x 30 kaki = 300 kaki persegi. Hanya beli rumput untuk 
                  ukuran 200 kaki persegi sahaja
                  * Semasa menanam rumput, pecahkan kepada kepingan-kepingan kecil. Insya ALLAH dalam masa 2/3 bulan, rumput sedia ada akan menutupi ruang tersebut.

30 Mac 2015


4. Sentiasa siram air
     - Semasa awal penanaman, sentiasa menyiram air pada waktu pagi & petang. Tambah kekerapan penyiraman jika musim cuaca panas. Ini bagi mengelakkan kematian rumput.

Cadangan : Bagi mengelakkan kematian rumput, tutup permukaan rumput dengan alas seperti kotak ( basahkan kotak tersebut ). Daun akan kelayuan/ mati tapi yang penting akar rumput masih hidup.Biarkan selama seminggu bagi akar menjadi kuat.


5. Baja organik
     - Gunakan baja organik yang boleh beli di kedai atau buat baja sendiri ( Nantikan 
       perkongsiannya ).

30 Mei 2105

Kos keseluruhan :

100 keping rumput ( mutiara ) x Rm1.50 = RM 150.00 + RM 10.00 ( baja organik ) = RM 160 .00
Keluasan 300 kaki persegi.

Projek terkini - 08 Jun 2015


9 comments:

  1. tuan mohon bertanya bagaimana dengan kaedah pembajaan bagi rumput tersebut.
    berapa lama selepas rumput ditanam baru pembajaan dibuat dan apakah jenis baja terbaik yang boleh digunakan

    ReplyDelete
  2. biasa untuk kos kerja buang tanah lama,lalang dn sisa2 batu,msuk tanah lain,msuk pasir dn tanam rumput...kira mcm mna?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pengkongsian

    ReplyDelete
  4. King casino, play online for free, no deposit bonus
    King casino is a modern online casino. It is one m88 of the best vua nhà cái casinos to play with and it is safe and secure to accept and accept all kinds of payment. 바카라 사이트

    ReplyDelete