Wednesday, 10 June 2015

Tanam Rumput ( Mutiara ) 300 kaki persegi - RM 160.00

1. Buang rumput/ lalang lama dengan cara mencangkul/ mengembur tanah kawasan yang akan dibuat penanaman rumput ( mutiara ).
     - kerja memenatkan tapi menyihatkan badan.

macamkacang

2. Ratakan permukaan tanah yang telah dicangkul/ digembur dengan tanah sedia ada ( jimat ).
     - Ratakan permukaan tanah tadi dengan PASIR KASAR.
       - Kos untuk 1 lori pasir kasar - RM 130.00 + GST

     - Keburukan :
       - Kos agak MAHAL
       - Lebihan pasir kasar perlu dibuang jika kawasan tanaman rumput kecil (Cacatkan pemandangan)

3. Beli rumput ( mutiara ) berdasarkan ukuran kawasan.
- Cadangan : Belilah rumput di tapak semaian sekitar kawasan Sg. Buloh.
- Cari tapak semaian yang memang menanam rumput ( mutiara ). Harga memang murah. Harga dalam RM 1.50 sekeping (  1 kaki x 2 kaki ). Berbanding tapak semaian yang menanam bunga. Harga dalam RM 2.50 sekeping untuk keluasan sama ( Orang tengah ). HARGA INI ADALAH SEBELUM 01 APRIL 2015.

- Cara kiraan kaki persegi.
       - Ambil ukuran panjang dan lebar kawasan
         - Cth : 10 kaki ( panjang ) & 10 kaki ( lebar )
           - 10 ' x 10 ' = 100 kaki persegi.

     - JIMAT- Jangan beli rumput berdasarkan keluasan kaki persegi.
       - Cth : Jika ukuran kawasan 10 kaki x 30 kaki = 300 kaki persegi. Hanya beli rumput untuk 
                  ukuran 200 kaki persegi sahaja
                  * Semasa menanam rumput, pecahkan kepada kepingan-kepingan kecil. Insya ALLAH dalam masa 2/3 bulan, rumput sedia ada akan menutupi ruang tersebut.

30 Mac 2015


4. Sentiasa siram air
     - Semasa awal penanaman, sentiasa menyiram air pada waktu pagi & petang. Tambah kekerapan penyiraman jika musim cuaca panas. Ini bagi mengelakkan kematian rumput.

Cadangan : Bagi mengelakkan kematian rumput, tutup permukaan rumput dengan alas seperti kotak ( basahkan kotak tersebut ). Daun akan kelayuan/ mati tapi yang penting akar rumput masih hidup.Biarkan selama seminggu bagi akar menjadi kuat.


5. Baja organik
     - Gunakan baja organik yang boleh beli di kedai atau buat baja sendiri ( Nantikan 
       perkongsiannya ).

30 Mei 2105

Kos keseluruhan :

100 keping rumput ( mutiara ) x Rm1.50 = RM 150.00 + RM 10.00 ( baja organik ) = RM 160 .00
Keluasan 300 kaki persegi.

Projek terkini - 08 Jun 2015